Pengenalan
Perang Jamal atau
Perang Unta berlaku pada 11 Jamadilakhir 36H atau Disember 657M yang mengambil
masa tidak sampai sehari. Peperangan ini berpunca daripada salah faham di
antara pihak Khalifah Ali dan pihak Saiditina Aishah yang menyebabkan 10-13
ribu tentera terkorban termasuk dua sahabat besar Rasulullah s.a.w, Talhah
& Zubair al Awwam. Salah faham ini ditimbulkan oleh pihak munafik pimpinan
Abdullah bin Saba’ (Sabaiyyah) yang membuat huru-hara selepas perbincangan perdamaian
tercapai di anatara kedua-dua pihak. Peperangan ini merupakan perang saudara
pertama kaum muslimin yang berakhir dengan kemenangan dipihak Khalifah Ali.
Peperangan ini dinamakan peperangan Jamal (unta) kerana Aisyah menunggang unta
ketika berperang.
Rombongan Aisyah, Talhah dan Az-Zubair
Ketika pemberontakan
ke atas Khalifah Uthman tercetus, Saiditina Aisyah pada masa itu berumur 40
tahun berada di Mekah menunaikan haji. Aisyah telah mengumpul orang Islam dan
penduduk di Mekah untuk membantu Uthman menghadapi pemberontakan di Madinah.
Ketika dalam perjalanan menuju ke Madinah, diberitakan Uthman telah dibunuh.
Ketika itu para sahabat mempunyai beberapa cadangan kepada Aisyah, sama ada
meneruskan perjalanan ke Madinah atau, menuju ke Syam untuk meminta bantuan
Muawiyah, namun akhirnya mereka memilih jalan menuju ke Basrah.
Mereka berasakan Kota Madinah dalam keadaaan tidak tenteram setelah jatuh ke tangan pemberontak yang masih ramai disitu. Sekiranya tetap meneruskan perjalanan ke Madinah, Aisyah dan rombongannya akan berada pada situasi yang membahayakan kerana mereka adalah dari kalangan orang yang menyokong Uthman. Mereka menuju ke Basrah untuk merancang strategi dan mengumpul kekuatan menangani pemberontak yang memecah belah umat Islam, dan berazam memulih kembali perpaduan umat Islam. Walaupun Ali kemudiannya telah dilantik sebagai Khalifah, mereka tidak berpuas hati kerana Ali dilihat gagal menghukum pembunuh Uthman, seolah-olah Ali dalam keadaan terikat dan tertekan dikelilingi golongan pemberontak.
Selepas Talhah dan Zubair membai'ah Saidina Ali sebagai Khalifah, mereka meminta izin untuk melakukan umrah. Ketika dalam perjalanan, mereka bertemu dengan Aisyah, di dalam pertemuan itu mereka bersepakat untuk meminta Khalifah Ali mempercepatkan qisas (hukuman) keatas pembunuh Uthman.
Mereka berasakan Kota Madinah dalam keadaaan tidak tenteram setelah jatuh ke tangan pemberontak yang masih ramai disitu. Sekiranya tetap meneruskan perjalanan ke Madinah, Aisyah dan rombongannya akan berada pada situasi yang membahayakan kerana mereka adalah dari kalangan orang yang menyokong Uthman. Mereka menuju ke Basrah untuk merancang strategi dan mengumpul kekuatan menangani pemberontak yang memecah belah umat Islam, dan berazam memulih kembali perpaduan umat Islam. Walaupun Ali kemudiannya telah dilantik sebagai Khalifah, mereka tidak berpuas hati kerana Ali dilihat gagal menghukum pembunuh Uthman, seolah-olah Ali dalam keadaan terikat dan tertekan dikelilingi golongan pemberontak.
Selepas Talhah dan Zubair membai'ah Saidina Ali sebagai Khalifah, mereka meminta izin untuk melakukan umrah. Ketika dalam perjalanan, mereka bertemu dengan Aisyah, di dalam pertemuan itu mereka bersepakat untuk meminta Khalifah Ali mempercepatkan qisas (hukuman) keatas pembunuh Uthman.
Apabila melihat Aisyah
dan pasukannya pergi ke Basrah, golongan munafik Sabaiyyah menyalakan api
fitnah dengan menyebar berita kononnya pemergian Aisyah tersebut adalah
mengumpul kekuatan dan menuju ke Madinah untuk memberontak kekhalifahan Ali.
Semangat Perdamaian
Apabila Ali mendengar
khabar angin itu, beliau mengutuskan al-Qa’ qa’ untuk berjumpa Aisyah, Talhah
dan Zubair di Basrah.
Menurut Ibn Kathir
menulis: “Sesungguhnya Ali telah mengutuskan al-Qa`qa` sebagai utusan menemui
Talhah dan Zubair untuk mengajak mereka kepada kesatuan dan jamaah dan
menyatakan kepada mereka berdua betapa bahayanya perpecahan dan perselisihan.
Lalu al-Qa`qa` menuju ke Basrah dan orang yang pertama ditemuinya ialah
Aishah."
Beliau berkata: “Wahai
Ummu Mukminin, apakah yang mendorong ibu menjejakkan kaki di bumi ini?”.
Aishah menjawab:
“Wahai anakku, untuk mendamaikan antara manusia.”
Kemudian al-Qa`qa`
meminta supaya Aishah memanggil Talhah dan al-Zubair, lalu mereka berdua pun
datang.
Al-Qa`qa` berkata
kepada mereka “Saya telah bertanya kepada Ummu Mukminin sebab mengapa beliau
menjejakkan kaki ke sini dan beliau menjawab untuk mendamaikan antara
manusia.”
Lalu mereka berdua
menyatakan: “Kami pun dengan tujuan yang sama.” Talhah dan al-Zubair juga
mengatakan bahawa mereka datang hanya untuk mendamaikan antara manusia.
Mereka juga menjawab:
“Kamu memang benar dan melakukan yang terbaik. Oleh itu, pulanglah, jika Ali
datang dan dia berpandangan seperti kamu, keadaan akan menjadi baik.”
Lalu al-Qa`qa` pulang menemui Ali dan mencerita apa yang berlaku dan Ali amat gembira.
Lalu al-Qa`qa` pulang menemui Ali dan mencerita apa yang berlaku dan Ali amat gembira.
Aishah telah menulis
surat kepada kepada Ali menyatakan beliau datang untuk tujuan
perdamaian. Kemudian Ali menulis kepada Talhah dan al-Zubair: “Jika
pendirian kamu berdua masih kekal seperti ketika al-Qa`qa` meninggalkan kamu
berdua, maka tunggulah sehingga kami datang dan membincangkan perkara ini. Lalu
mereka berdua menjawab: “Sesungguhnya kami masih lagi berpendirian seperti
ketika al-Qa`qa` meninggalkan kami iaitu untuk berdamai.
Khalifah Ali menghebah
berita perdamaian ini kepada kaum muslimin, namun terdapat golongan yang
membenci situasi perdamaian ini terutamanya dari golongan Sabaiyyah.
Pertemuan Ali dan Aisyah
Khalifah Ali bersama
tentera-tenteranya (sebagai langkah berjaga-jaga) menuju ke Basrah untuk tujuan
perdamaian dengan Saiditina Aisyah. Malangnya kebanyakan tentera yang mengikut
Ali adalah dikalangan pemberontak (dari golongan munafik Sabaiyyah) yang
menyelinap di dalam tentera muslimin. Ramai sahabat tidak mahu serta dalam
rombongan tersebut. Abu Musa dan anaknya, Hassan bin Ali telah menasihati Ali
supaya jangan keluar kerana tindakan itu lebih membawa keburukan. Tetapi
ijtihad Ali adalah untuk membawa keamanan.
Apabila kedua-dua
pasukan saling berhadapan, Khalifah Ali berjumpa dengan Thalhah dan Zubair. Beliau
mengimbas kembali akan saat manis ketika bersama Rasulullah s.a.w dan berperang
melawan orang musyrikin. Aisyah, Zubair dan Talhah meminta Ali mencari pembunuh
Uthman. Tetapi Ali dengan tegas menjelaskan dalam keadaan sekarang, permintaan
itu adalah mustahil tanpa sokongan dan perpaduan umat Islam khususnya dari
kalangan para sahabat. Malah bilangan pemberontak yang juga dari kalangan umat
Islam sangat ramai di Madinah dan amat sukar mengenapasti siapakah pembunuh
Uthman yang sebenar. Aisyah menyedari kesilapan mereka tidak berbai'ah kepada
Ali dan memberitahu kepada rombongannya, mereka tersilap dalam hal ini dan
mereka akan bersatu bersama Khalifah Ali untuk menguatkan kembali perpaduan
umat Islam dan mencari pembunuh Uthman yang sebenar.
Menurut al-Imam Ibn Hazm rahimahullah (456H): “Dan adapun (pemergian) Ummul Mukminin (Aisyah), al-Zubair dan Thalhah radhiallahu 'anhum berserta orang-orang yang bersama mereka (ke Basrah), tidaklah mereka sedikit jua bertujuan membatalkan kekhalifahan Ali, mereka tidak mencabar jawatan tersebut, mereka tidak menyebut apa-apa kecacatan yang merendahkan beliau daripada jawatan tersebut, mereka tidak bertujuan mengangkat khalifah baru yang lain dan mereka tidak memperbaharui bai‘ah kepada sesiapa yang lain. Ini adalah sesuatu yang tidak dapat diingkari oleh sesiapa jua dengan apa cara jua.”
Menurut al-Imam Ibn Hazm rahimahullah (456H): “Dan adapun (pemergian) Ummul Mukminin (Aisyah), al-Zubair dan Thalhah radhiallahu 'anhum berserta orang-orang yang bersama mereka (ke Basrah), tidaklah mereka sedikit jua bertujuan membatalkan kekhalifahan Ali, mereka tidak mencabar jawatan tersebut, mereka tidak menyebut apa-apa kecacatan yang merendahkan beliau daripada jawatan tersebut, mereka tidak bertujuan mengangkat khalifah baru yang lain dan mereka tidak memperbaharui bai‘ah kepada sesiapa yang lain. Ini adalah sesuatu yang tidak dapat diingkari oleh sesiapa jua dengan apa cara jua.”
Golongan Sabaiyyah
berasa terancam dengan perdamaian tersebut. Pada malamnya, mereka merancang
untuk melagakan kedua-dua pihak Ali dan Saiditina Aisyah. Jika umat Islam
bersatu, pasti akan memudahkan tindakan diambil ke atas para pembunuh Uthman.
Sekiranya umat Islam kekal berpecah, selagi itulah para pembunuh Uthman akan
terselamat daripada apa-apa tindakan. Jika mereka tidak bertindak cepat, lambat
laun tembelang mereka akan pecah, dan mereka pasti di qisaskan atau di hukum.
Dianggarkan jumlah mereka menyelinap dalam tentera Ali ketika itu dikatakan
mencecah 1,000-2,000 orang.
Mereka segera mengatur
rancangan dan membuat keputusan bahawa satu kumpulan dari mereka akan berada di
pihak Aishah manakala satu lagi kumpulan kekal di dalam pasukan Ali. Mereka
akan bertindak secara senyap untuk mencetuskan kekacauan dengan saling
menyerang di antara satu sama lain menyebabkan berlaku kekeliruan kepada
kedua-dua belah pihak.
Berlakunya Perang
Sebelum subuh,
golongan Sabaiyah menyerang pasukan Aisyah secara mengejut. Dalam suasana
terperanjat daripada tidur, pasukan Aisyah menyangka bahawa tentera Ali telah
berlaku khianat dan menyerang mereka. Golongan Sabaiyyah disebelah pasukan
Aisyah berteriak bahawa tentera Ali telah menyerang curi dan menipu mereka.
Sebagai tindakan mempertahankan diri sendiri, mereka menyerang balas ke atas
tentera Ali.
Golongan Sabaiyyah
disebelah pasukan Ali pula berteriak bahawa rombongan Aisyah telah menyerang.
Lalu Pasukan Ali menyangka pasukan Aisyah telah berlaku khianat dan menyerang
mereka. Dengan itu mereka menyerang balas untuk mempertahankan diri. Tidak
sesiapapun di kalangan mereka yang menyedari perkara sebenar yang terjadi.
Disitulah bermulalah Perang Jamal sekali pun kedua-dua pihak pada asalnya tidak
berniat untuk berperang.
Syaikh al-Islam Ibn
Taimiyyah rahimahullah (728H) meringkaskan detik-detik ini dalam satu
perenggan: “Mereka (para pembunuh Uthman) menyerang khemah Thalhah dan
al-Zubair. Lalu Thalhah dan al-Zubair menyangka bahawa Ali telah menyerang
mereka, maka mereka menyerang kembali untuk mempertahankan diri. Seterusnya Ali
pula menyangka bahawa mereka (Thalhah dan al-Zubair) menyerangnya, maka Ali
menyerang kembali untuk mempertahankan diri. Maka berlakulah fitnah
(peperangan) tanpa ia menjadi pilihan mereka (kedua-dua pihak). Manakala Aisyah
radhiallahu 'anha hanya berada di atas pelana untanya, beliau tidak menyerang
dan tidak memerintahkan serangan. Demikianlah yang diterangkan oleh tidak
seorang daripada para ilmuan dalam bidang sejarah (Ahl al-Ma’rifat bi
al-Akhbar).” [Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah fi Naqd Kalam al-Syi ‘ah wa
al-Qadariyyah (diteliti oleh M. Rasyad Salim; Muassasah Qurtubiyyah, 1986),
jld. 4, ms. 317]
Al-Hafiz Ibn Katsir
rahimahullah (774H) memperincikan detik-detik tercetusnya Perang
Jamal: “Orang-orangpun merasa tenang lagi lega …… pada waktu malamnya
kedua-dua pihak bermalam dalam keadaan yang sebaik-baiknya. Akan tetapi para
pembunuh Uthman melalui malam tersebut dalam keadaan yang seburuk-buruknya.
Mereka berbincang dan bersepakat untuk mengobarkan peperangan pada awal pagi
esoknya. Mereka bangun sebelum terbit fajar, jumlah mereka menghampiri seribu
orang. Masing-masing kelompok bergabung dengan pasukannya lalu menyerang mereka
(pasukan Aisyah) dengan pedang."
Tentera Ali berjaya
menguasai peperangan tersebut kerana pada masa itu, pasukan Aishah tidak
mempunyai kelengkapan yang mencukupi. Ini adalah kerana tujuan kedatangan
mereka adalah bukan untuk berperang tetapi untuk mencari jalan perdamaian.
Dalam peperangan ini,
Aisyah tidak melibatkan diri dalam medan pertempuran tetapi unta yang dinaiki
Aisyah telah terbunuh tertusuk tombak. Lalu Aisyah terjatuh dari unta tersebut.
Pembunuhan Talhah dan Az-Zubair
Sewaktu pertempuran
berlaku, Khalifah Ali sempat bertemu Zubair dan Talhah, katanya;
“Wahai Zubair, aku minta
kau jawab kerana Allah!”
“Tidakkah engkau
ingat, sewaktu Rasulullah menghampiri kita yang sedang berkumpul bersama, lalu
beliau (Rasulullah) bersabda;
“Wahai Zubair,
tidakkah engkau mengasihi Ali.”
Kemudian engkau
menjawab “Kenapa pula aku tidak mengasihi saudara sepupuku, anak kepada ibu dan
bapa saudaraku, serta se akidah denganku…”
Rasulullah bersabda
lagi “Hai Zubair demi Allah, bila engkau memeranginya (Ali), jelas engkau telah
berlaku zalim kepadanya…”
Sewaktu itu Zubair
tersedar akan kesilapannya “Ya, sekarang aku ingat, hampir aku terlupa (sabda
Rasulullah), demi Allah aku tidak akan memerangimu."
Talhah dan Zubair
menarik diri dari perang saudara itu. Mereka mengundur diri setelah tahu
kedudukan sebenar peperangan itu, tambahan pula apabila mereka terlihat Ammar
bin Yasir berperang di pihak Ali. Mereka teringat sabda Rasulullah kepada Ammar
“Yang akan membunuhmu ialah golongan yang derhaka…”
Bagaimanapun, Zubair
diekori oleh Amru bin Jurmuz, lalu dibunuh sewaktu Zubair sedang solat,
manakala Talhah dipanah/lembing oleh rakan sepasukan iaitu, Marwan bin Hakam,
setelah mendapati Talhah mengundur diri dari berperang. Ketika itu Talhah
berusia 63 tahun.
Ketika Ali nampak
jasad Talhah yang terkorban, beliau turun dari kuda mengangkat mayat Talhah dan
menangis sambil berkata “Semoga Allah merahmatimu Aba Muhammad, sesungguhnya
aku berasa amat sedih melihat engkau dibunuh di bawah bintang di langit.
Kalaulah aku mati dahulu tentu aku tak melihat peristiwa ini “.
Manakala Zubair menuju
ke Wadi Suba’, tetapi di bunuh oleh Amir bin Jurmuz ketika solat. Si pembunuh
juga membawa pedang Zubair bin Awwam yang dibunuh dengan gembira dan menyatakan
mereka berjaya membunuh Zubair. Lalu Ali berteriak si pembunuh itu akan dibalas
dengan api neraka. Ini adalah kerana Ali mendengar Rasulullah berkata dalam
hadisnya yang menyatakan, berikan neraka kepada pembunuh Zubair. Zubair ini
adalah penolong nabi. Rasulullah pernah berkata “Setiap nabi mempunyai seorang
penolong, Zubair ini adalah penolongku “. Ali telah menyembahyangkan semua
mayat dari kedua-dua tentera.
Ketika Ali menatap
pedang Zubair beliau berkata “Demi Allah pedang ini sudah banyak berjasa,
digunakan oleh pemiliknya (Zubair) untuk melindungi Rasulullah dari ancaman
bahaya…”
Kesan Peperangan
Peperangan ini membawa
kepada kesedihan dan penyesalan di antara kedua-dua pihak. Mereka menyedari
ditipu oleh golongan yang tidak menyokong perdamaian (golongan Sabaiyyah).
Saidina Hassan Bin Ali r.a pernah berkata kepada ayahnya,“ Wahai Ayah, telah aku nasihati mu, supaya engkau jangan menghantar tentera keluar.”
Saidina Hassan Bin Ali r.a pernah berkata kepada ayahnya,“ Wahai Ayah, telah aku nasihati mu, supaya engkau jangan menghantar tentera keluar.”
Aisyah juga dihantar
pulang ke Madinah dengan dikawal oleh sepasukan wanita bersenjata lengkap.
Khalifah Ali berpesan kepada tenteranya supaya tidak menjadikan
peperangan ini seperti peperangan lain (dengan tentera musyrikin) kerana perang
ini berlaku sesama kaum muslimin. Harta peperangan pihak Aishah tidak boleh
dijadikan sebagai ghanimah. Mereka yang lari tidak boleh dikejar dan yang
terbunuh hendaklah disemadikan sebagai seorang Islam. Akibat daripada
peperangan itu, penentangan terhadap Khalifah Ali semakin memuncak terutamanya
dari Muawiyah bin Abu Sufiyan. Muawiyah berpendapat Ali sepatutnya mencari dan
menghukum pembunuh Uthman apabila mula memerintah. Walaupun telah dipecat oleh
Ali sebagai gabenor tetapi seluruh negara Syam masih lagi taat kepada Muawiyah.
Beliau tidak akan berbai’ah kepada Ali sehingga pembunuh Uthman dibunuh. Inilah
yang menyebabkan berlakunya peperangan Siffin.
No comments:
Post a Comment