Hamdan Qarmath
Salah seorang pemimpin
Syiah Ismailliyah iaitu, Ubaidilah Al-Mahdi menggelar dirinya sebagai Imam ke
11 Ismailliyah. Ini menunjukkan beliau menafikan imam terakhir dan kemahdian
Ismail bin Jaafar atau Muhammad bin Ismail dalam konteks fahaman Syiah
Ismailliyah yang asal. Beliau meletakkan pemimpin-pemimpin Islamilliyah
sebelum beliau iaitu;
- Abdulah bin Muhammad
(179-212 H) sebagai Imam ke 8
- Ahmad bin Abdulah
(198-265 H) sebagai Imam ke 9
- Husein bin Ahmad
(219-287 H) sebagai Imam ke 10
Pengangkatannya
sebagai Imam ditentang keras oleh pendakwah Ismailiyyah, Hamdan Qarmath. Beliau
menyakini Muhammad bin Ismail sebagai Imam terakhir dan Imam Mahdi, sekaligus
membentuk kelompok baru yang bernama Qaramithah yang mengamalkan konsep
Bathiniyah (ilmu kebatinan). Kemunculannya bermula pada 204H di daerah Kufah.
No comments:
Post a Comment