Yang biasa menjadi
pendapat umum, Syiah dikatakan puak yang menyokong Saidina Ali bin Abi Talib
r.a. dalam pertelingkahannya dengan Muawiah bin Abi Sufyan r.a. Namun tidak
bermakna pengikut Ali itu syiah dan pengikut Muawiah itu Sunni. Malah, ramai
tokoh ahli sunni berkeyakinan bahawa dalam perselisihan yang berlaku di antara
dua sahabat Rasulullah s.a.w ini, kebenaran lebih berpihak kepada pihak Ali
berbanding dengan Muawiyah.
Sebenarnya, puak Syiah
ini muncul selepas pertelingkahan Saidina Husain yang tidak mengiktiraf kekhalifahan
Yazid bin Muawiah.
Kisahnya bermula
apabila Saidina Husain berangkat dari Madinah menuju ke Kufah, Iraq setelah
penduduknya berjanji untuk menyokong, melindungi serta membantunya sekiranya
diserang mana-mana pihak. Namun janji-janji tersebut tidak dilaksanakan dan
seterusnya menjadi punca syahidnya Husain di pertempuran Karbala.
Setelah Saidina Husain
syahid, sebahagian mereka telah menyesali dosa mereka dan memberontak kepada
pemerintahan Bani Umayyah. Mereka inilah dikenali sebagai Syiah. Ketika itu
tidak ada perbezaan akidah melainkan perbezaan gerakan politik yang menentang
pemerintahan Bani Umayyah. Ini bermakna Syiah adalah satu gerakan politik
semata-mata di awal kemunculannya.
No comments:
Post a Comment