Calligram Ismailiyah
Ismailiyah pernah
menjadi kelompok syiah yang paling berpengaruh di antara mazhab-mazhab Syiah,
dan pernah mencapai puncak kekuasaan politiknya pada masa kekuasaan Kerajaan
Fatimiyah pada abad ke-10 hingga ke-12 Masihi.
Penganut Ismailiyah
umumnya dapat ditemui di India, Pakistan, Suriah, Lebanon, Israel, Arab Saudi,
Yaman, China, Jordan, Uzbekistan, Tajikistan, Afghanistan, Libya, Afrika Timur,
dan Afrika Selatan.
Meskipun terdapat beberapa pecahan dalam Ismailiyah itu sendiri, kebanyakan pengikutnya dari Aga Khan, yang merupakan kelompok Ismailiyah dengan jumlah penganut terbesar.
Meskipun terdapat beberapa pecahan dalam Ismailiyah itu sendiri, kebanyakan pengikutnya dari Aga Khan, yang merupakan kelompok Ismailiyah dengan jumlah penganut terbesar.
Ismailiyah asalnya
adalah tergolong dalam kumpulan Syiah Imamiyah, tetapi golongan ini kemudiannya
mempunyai pengaruh, fahaman dan pengikut tersendiri. Ismailiyah adalah
mazhab kedua terbesar dalam Syi'ah, selepas mazhab Dua Belas Imam (Ithna
'Asyariah).
Sebutan Ismailiyah
diperolehi kerana pengikut-pengikutnya memilih Ismail bin Jaafar (101-159
H) sebagai Imam ke tujuh dan terakhir. Itulah sebab kenapa ajaran
Ismailiyah dikenali juga sebagai mazhab Imam Bertujuh.
Ismail meninggal dunia ketika ayahnya Imam Jaafar as-Shadiq masih
hidup. Imam Jaafar mempersaksikan kepada orang ramai bahawa puteranya yang
bernama Ismail telah meninggal dunia.
Meskipun demikian, sebahagian orang Syiah menyakini bahawa Ismail tidak meninggal dunia, konon ayahnya hanya cuba mengaburi Khalifah al Abbasiyah Manshur Dawaniqi kerana khuatir akan membunuh anaknya. Mereka yakin Imam Ismail ghaib dan akan muncul sebagai Imam Mahdi. Ini menyebabkan Imam Jaafar berulang kali menerangkan kepada mereka agar tidak menduga-duga Imam Ismail akan muncul kembali. Ini menyebabkan wujudnya perbezaan pandangan dikalangan kelompok Ismailliyah, iaitu;

- Mereka yang tidak
dapat menerima hakikat dan terlalu taksub kepada Imam Ismail: Mereka
tetap dengan pendirian bahawa Imam Ismail tidak mati (ghaib) dan akan
muncul semula sebagai Imam Mahdi.
- Mereka yang percaya kepada
kewafatan Imam Ismail: Mereka mendapatkan waris menggantikan Imam Ismail,
lalu mengangkat anak kepada Imam Ismail, iaitu Muhammad bin
Ismail (141-192 H) menjadi Imam yang baru (ke 7), juga dianggap
sebagai Imam Mahdi.
Ajaran Ismailiyah
lebih menekankan aspek batiniah bukannya di asaskan sendiri oleh Ismail bin
Jaafar, tetapi diasaskan oleh pengikut-pengikutnya yang terkemudian.
Pengikut mazhab Ithna
'Asyariah, pula mengiktiraf adik kepada Ismail iaitu, Musa al-Kazim sebagai
Imam ke tujuh mereka. Bagaimanapun Ismailiyah menerima keenam-enam Imam
Syi'ah terdahulu sama seperti syiah Ithna 'Asyariah.
No comments:
Post a Comment