SAIDINA HUSAIN KE KUFAH
Apabila Muawiyyah r.a
meninggal dunia maka anaknya Yazid bin Muawiyyah r.a telah diangkat menjadi
penggantinya sebagai Khalifah.
Namun begitu penduduk
Kufah yang rata-ratanya yang menyokong ahlul bait telah menolak kepimpinan
Yazid dan ingin melantik Saidina Husain sebagai khalifah yang baru.
Syits bin
Rab'ie dari Kufah menulis surat kepada Saidina Husain menjemput beliau ke
Kufah untuk tujuan tersebut. Mereka bukan sekadar berjanji akan taat setia
kepada kepimpinan Saidina Hussain malah mereka sanggup untuk menghunus senjata
demi membela beliau serta menjatuhkan kerajaan Bani Umaiyah pimpinan Khalifah
Yazid.
Mendengarkan sokongan
yang padu dari penduduk Kufah, maka beliau (Saidina Husain) mengutuskan Muslim
bin ‘Aqil untuk meninjau keadaan sebenar di Kufah. Saidina Husain memaklumkan
niat pemergiannay ke Kufah kepada para sahabat serta ahli keluarga untuk
mendapatkan pandangan mereka.
Namun demikian para
sahabat serta ahli keluarganya seperti ‘Abdullah Ibnu Abbas, Muhammad bin
al-Hanafiyah, ‘Abdul Rahman bin Hisyam al-Makhzumi, ‘Abdullah bin Jaafar bin
Abi Talib, Abdullah bin Muti’ al-Afdawi, ‘Amru bin Sa’id, ‘Abdullah bin ‘Umar,
Abu Sa’id al-Khudri dan lain-lain menasihat dan cuba menghalang niat Saidina
Husain tersebut.
Ini adalah kerana
mereka tidak percayakan kejujuran penduduk Kufah. Menurut mereka, penduduk Kufah
inilah kelompok yang pernah menyokong ‘Abdullah Ibnu Saba’ yang terlibat dalam
pembunuhan ‘Uthman bin ‘Affan r.a, mengkhianati Saidina ‘Ali serta Saidina
Hassan r.a. Mereka berpandangan sokongan kuat yang menurut khabarnya datang
dari penduduk Kufah hanyalah palsu dan tindakan mereka ini merupakan dalih
mereka untuk menimbulkan susana kacau-bilau di dalam masyarakat Islam.
Bagaimanapun nasihat
mereka gagal untuk menghentikan hasrat Husain untuk ke Kufah. Saidina Hussain
pernah berkata, "saya bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dan saya
telah melakukan sesuatu yang telah ditentukan kepada saya tanpa mengira ia
mendatangkan keburukan kepada diri saya atau memberikan keuntungan kepada saya.
Lalu ‘Abdullah bin
Yahya berkata: Apakah mimpi anda itu?
Jawab al-Hussain: Saya
tidak dapat menceritakannya kepada seseorangpun, malah saya tidak boleh
memberitahu kepada seseorangpun sehingga saya bertemu dengan Allah
(kematiannya) – Rujuk Tarikh al-Umam wa al-Muluk, jilid 4, ms. 388. Penulis
nukil dari buku Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu
Diperbetulkan Semula, ms. 270.
Malah Saidina Husain
sudah tekad mengatakan, "Saya sudah melakukan istikharah dan akan
berangkat kesana".
Apabila mendengar
pergerakan rombongan Saidina Hussain bersama 72 pengikutnya ke Kufah maka Yazid
memerintahkan gabenor beliau di Basrah iaitu Ubaidullah bin Ziyad serta
tenteranya untuk berangkat ke Kufah bagi memantau pergerakan Saidina Hussain
serta kebangkitan orang-orang Kufah.
Pesanan Yazid kepada
Ubaidullah bin Ziyad: "Saya mendapat tahu bahawa Husain telah menuju ke
Iraq. Oleh itu berkawallah di kawasan-kawasan perbatasan negeri. Sesiapa yang
diragui, tahanlah dia dan sesiapa yang tertuduh tangkaplah dia. Tetapi jangan
engkau perangi kecuali orang yang memerangi mu dan tulislah selalu kepada ku
tentang apa yang berlaku". – Al-Bidayah Wa al-Nihayah, jilid 8, ms. 165.
Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh Saidina Husain di Karbala yang ditulis oleh
Mawlana Muhammad Asri Yusoff.
PEMBUNUH SEBENAR SAIDINA HUSSAIN
Terdapat dua versi
riwayat kisah pembunuhan Saidina Husain di Karbala yang berlaku pada 10Muharram 61H;
Versi Pertama
Ubaidillah bin Ziyad,
gabenor Kufah dikatakan amat membenci Saidina Husain telah bertindak berlebihan
dari arahan sebenar Yazid lalu menyerang Saidina Hussain dan rombongannya di
Karbala. Tindakan Ubaidillah bin Ziyad bertujuan untuk menunjukkan kehebatannya
kepada khalifah. Tindakan penduduk Kufah yang sanggup untuk berkorban
jiwa dan raga untuk mengangkat Saidina Husain telah melarikan diri apabila
melihat kemaraan tentera Ubaidillah bin Ziyad.
Maka terpaksalah
Saidina Hussain dan rombongannya yang hanya berjumlah sekitar 70 orang
berhadapan dengan tentera Ubaidillah yang jauh lebih besar jumlahnya dari
mereka.
Sampai akhirnya,
terbunuhlah Saidina Husain r.a sebagai orang yang dizalimi dan sebagai syahid
di tangan kerakusan Ubaidillah. Kepala Saidina Ali dipenggal dan disusuk dengan
pedang. Tindakan Ubaidillah amat tidak disenangi oleh pegawai-pegawai
tenteranya, Anas bin Mâlik, Zaid bin Arqam dan Abu Barzah r.a yang berada di
situ. Menurut riwayat ath-Thabrâni rahimahullah dari hadits Zaid bin Arqam r.a:
فَجَعَلَ قَضِيْبًا فِي
يَدِهِ فِي عَيْنِهِ وَأَنْفِهِ فَقُلْتُ ارْفَعْ قَضِيْبَكَ فَقَدْ رَأَيْتُ فَمَّ
رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مَوْضِعِهِ
"Lalu dia mulai
menusukkan pedang yang di tangannya ke mata dan hidung Husain r.a. Aku (Zaid
bin Arqam) mengatakan, "Angkat pedangmu, sungguh aku pernah melihat mulut
Rasulullah (mencium) tempat itu".
Demikian juga riwayat
yang disampaikan lewat jalur Anas bin Malik r.a:
فَقُلْتُ لَهُ إِنِّي رَأَيْتُ
رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَلْثِمُ حَيْثُ تَضَعُ قَضِيْبَكَ, قَالَ:
" فَانْقَبَضَ
Aku (Anas bin Malik)
mengatakan kepadanya, "Sungguh aku telah melihat Rasulullah Shallallahu
'alaihi wa sallam mencium tempat dimana engkau menaruh pedangmu itu." Lalu
Ubaidullah mengangkat pedangnya.
Versi Kedua
Wakil Saidina Husain
di Kufah iaitu Muslim bin ‘Aqil telah menghidu konspirasi yang sedang dirancang
oleh penduduk Syiah di sana. Muslim telah dibunuh oleh penduduk Kufah sebelum
beliau sempat mengutuskan ‘Umar bin Saad bin Abi Waqqas kepada Saidina Husain
yang semakin hampir tiba ke bandar Kufah tentang kecurangan penduduk Kufah.
Maka Saidina Husain membatalkan hasratnya untuk ke Kufah dan mengubah laluan
rombongannya menuju ke Syam untuk menemui Yazid.
Penduduk Kufah mula
panik dengan perubahan arah tersebut kerana sekiranya Saidina Husain berbai’ah
kepada Yazid maka musnahlah segala perancangan kotor mereka untuk
memporak-perandakan kesatuan umat Islam dan sudah pasti kedudukan mereka akan
terancam.
Menurut ulamak Syiah
sendiri iaitu Mulla Baaqir Majlisi, tentera Kufah lengkap bersenjata dari Kufah
mengejar rombongan Saidina Husain dan mereka bertembung di Karbala. Syits bin
Rab’ie mengetuai 4000 bala tentera untuk menentang Saidina Husain dan dialah
orang yang mula-mula turun dari kudanya untuk memenggal kepala Saidina Hussain
(Jilaau Al'Uyun dan Khulashatu Al Mashaaib, m.s. 37).
Baqir Majlisi turut mencatat, “Sekumpulan orang-orang Kufah terkejut oleh satu suara ghaib. Maka berkatalah mereka,” Demi Tuhan! Apa yang telah kita lakukan ini tak pernah dilakukan oleh orang lain. Kita telah membunuh “Ketua Pemuda Ahli Syurga” kerana Ibn Ziad anak haram itu. Di sini mereka mengadakan janji setia di antara sesama mereka untuk memberontak terhadap Ibn Ziad tetapi tidak berguna apaapa”. (Jilaau al-’Uyun, hal. 430)
Manakala di dalam kitab A’yanus Syi’ah pengarangnya Sayyid Muhsin al-Amin mengatakan bahawa, “Seramai dua puluh ribu penduduk Iraq telah berbai’ah kepada Husin kemudian mereka mengkhianatinya lalu memberontak terhadapnya dalam keadaan bai’ah masih lagi berada di tengkuk-tengkuk mereka dan membunuhnya”.(A’yanus Syi’ah jilid 1 hal 34).
Versi kedua ini menafikan kisah–kisah kezaliman yang dilakukan oleh tentera Yazid ke atas rombongan Saidina Husain, versi kezaliman Yazid adalah datangnya dari sumber pengikut Syiah iaitu Abu Mukhnaf, Al Kalbi dan anaknya Hisyam dan lain–lain.

KATA-KATA TERAKHIR SAIDINA HUSAIN
Terdapat riwayat
bahawa ucapan Saidina Husain sebelum terbunuh di Karbala, "Ya Allah,
berilah putusan di antara kami dan di antara orang-orang yang mengajak kami
untuk menolong kami, namun ternyata mereka membunuh kami." – Rujuk buku
Pengkhianatan Pengkhinatan Syiah Dan Pengaruhnya Terhadap Kekalahan Umat Islam
karya Dr. Imad Ali Abdus Sami’, Pustaka Al-Kautsar, Jakarta 2006, ms. 35-36.
Mulla Baaqir Majlisi
juga telah meriwayatkan kata-kata terakhir Saidina Husain sebelum syahid di
Karbala: "Wahai orang-orang Kufah! Semoga kamu dilaknat sebagaimana
dilaknat niat-niat jahat kamu. Wahai orang-orang yang curang, zalim dan
pengkhianat! Kamu telah menjemput kami untuk membela kami di waktu kesempitan
tetapi bila kami datang untuk membela kamu dengan menaruh kepercayaan kepada
kamu maka sekarang kamu hunuskan pedang dendammu kepada kami dan kamu membantu
musuh-musuh di dalam menentang kami." – Mulla Baaqir Majlis, Jilaau al- ‘Uyun,
ms. 391. Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh Sayyidina Hussain di Karbala.Seterusnya
Mulla BaaqirMajlisi juga merakamkan doa Saidina Hussain terhadap golongan
Syi’ah: "Binasalah kamu! Tuhan akan membalas bagi pihakku di dunia dan di
akhirat… Kamu akan menghukum diri kamu sendiri dengan memukul pedang-pedang di
atas tubuh mu dan muka mu dan kamu akan menumpahkan darah kamu sendiri. Kamu
tidak akan mendapat keuntungan di dunia dan kamu tidak akan sampai kepada
hajatmu. Apabila mati nanti sudah tersedia azab Tuhan untuk mu di akhirat. Kamu
akan menerima azab yang akan diterima oleh orang-orang kafir yang paling
dahsyat kekufurannya." - – Mulla Baaqir Majlis, Jilaau al- ‘Uyun, ms. 409.
Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh Sayyidina Hussain di Karbala.
SAKSI PERTEMPURAN
Ali Zainal Abidin
salah seorang anak Saidina Husain yang turut serta di dalam rombongan ke Kufah
dan yang masih hidup selepas berlakunya peristiwa itu pula berkata kepada
orang-orang Kufah lelaki dan perempuan yang merentap dengan mengoyak-ngoyakkan
baju mereka sambil menangis. Beliau berkata, " Mereka ini menangisi kami.
Tidakkah tidak ada orang lain yang membunuh kami selain mereka?" (At
Thabarsi-Al Ihtijaj, m.s. 156).
Thabarsi seorang ulama Syiah menukilkan kata-kata Ali Zainal Abidin kepada orang-orang Kufah. Kata beliau, " Wahai manusia (orang-orang Kufah)! Dengan Nama Allah aku bersumpah untuk bertanya kamu, ceritakanlah! Tidakkah kamu sedar bahawasa kamu mengutuskan surat kepada ayahku (menjemputnya datang), kemudian kamu menipunya? Bukankah kamu telah memberikan perjanjian taat setia kamu kepadanya? Kemudian kamu membunuhnya, membiarkannya dihina. Celakalah kamu kerana amalan buruk yang telah kamu dahulukan untuk dirimu”. (Al- Ihtijaj juz 2 hal. 306).
Saidatina Zainab, saudara perempuan Saidina Husain yang terselamat dari peristiwa itu juga mendoakan keburukan untuk orang Kufah. Katanya, " Wahai orang-orang Kufah yang khianat, penipu! Kenapa kamu menangisi kami sedangkan air mata kami belum lagi kering kerana kezalimanmu itu. Keluhan kami belum lagi terputus oleh kekejamanmu. Keadaan kamu tidak ubah seperti perempuan yang memintal benang kemudian dirombaknya kembali. Kamu juga telah merombak ikatan iman dan telah berbalik kepada kekufuran...Adakah kamu meratapi kami padahal kamu sendirilah yang membunuh kami. Sekarang kamu pula menangisi kami. Demi Allah! Kamu akan banyak menangis dan sedikit ketawa. Kamu telah membeli keaiban dan kehinaan untuk kamu. Tompokan kehinaan ini sama sekali tidak akan hilang walau dibasuh dengan air apapun". (Jilaau Al ' Uyun, ms 424).
Ummu Kulthum anak Saidatina Fatimah pula berkata" Wahai orang-oang Kufah! Buruklah hendaknya keadaanmu. Buruklah hendaklah rupamu. Kenapa kamu menjemput saudaraku Husain kemudian tidak membantunya bahkan membunuhnya, merampas harta bendanya dan menawan orang-orang perempuan dari ahli rumahnya. Laknat Allah ke atas kamu dan semoga kutukan Allah mengenai mukamu".
Beliau juga berkata, " Wahai orang-orang Kufah! Orang-orang lelaki dari kalangan kamu membunuh kami sementara orang-orang perempuan pula menangisi kami. Tuhan akan memutuskan di antara kami dan kamu di hari kiamat nanti". (Ibid, ms 426-428)
Manakala Fatimah anak perempuan Saidina Husain pula berkata, " Kamu telah membunuh kami dan merampas harta benda kami kemudian telah membunuh datukku Ali (Saidina Ali). Sentiasa darah-darah kami menitis dari hujung-hujung pedangmu……Tak lama lagi kamu akan menerima balasannya. Binasalah kamu! Tunggulah nanti azab dan kutukan Allah akan berterusan menghujani kamu. Siksaan dari langit akan memusnahkan kamu akibat perbuatan terkutukmu. Kamu akan memukul tubuhmu dengan pedang-pedang di dunia ini dan di akhirat nanti kamu akan terkepung dengan azab yang pedih "(Al- Ihtijaj juz 2 hal. 306).

SELEPAS PERTEMPURAN
Abdullah ibnu Umar r.a
( Ibnu Umar ) seorang sahabat Rasulullah s.a.w turut mengatakan, penduduk Kufah
lah yang bertanggungjawab ke atas kematian Saidina Hussain.
Khalifah Yazid yang ketika itu berada di Syam sangat menyesal terjadinya peristiwa menyedihkan itu. kerana bapanya, Muawiyah berpesan agar berbuat baik kepada kerabat Rasulullah s.a.w. Setelah peristiwa itu Yazid telah memberi perlindungan kepada ahli keluarga Saidina Husain yang terselamat dari serangan tersebut sehinggalah mereka kembali selamat ke Madinah.
HARI PERINGATAN SAIDINA HUSAIN

Daripada peristiwa
kekejaman di Karbala, setiap 10 Muharram pada hari Asyura wujudnya ritual hari
kesedihan dan ratapan dikalangan penganut Syiah untuk kesyahidan Saidina Husain
seperti menampar-nampar, berteriak, merobek-robek dan melaknat para sahabat.
No comments:
Post a Comment