Syiah membentuk 10–20%
di kalangan komposisi penduduk Islam di dunia dan merupakan rumpun kedua
terbesar Islam selepas Islam Sunni, Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka menyakini
kepimpinan Imam hendaklah dari keturunan Ali bin Abi Talib sebagai Imam
pertama. Syiah berpecah kepada beberapa kelompok, yang terbesar ialah Syiah
Imam Dua Belas dari pecahan Syiah Imamiyah. Istilah syiah secara umum lazimnya
merujuk kepada kelompok Syiah Imam Dua Belas ini.
Syiah Zaidiyyah
Selepas Zaid bin Ali
meninggal dunia, pengikut-pengikutnya mengasaskan satu mazhab yang terbina di
atas fikrahnya dikenali sebagai Zaidiyyah, iaitu nisbah kepada namanya Zaid bin
Ali. Bagi mereka yang menolak kepimpinan atau keimaman Zaid bin Ali dinamakan
ar-rafidhah.
Syiah Kaisaniyah
Terdapat kelompok
minoriti yang dikenali dengan sebutan “Kaisaniyah” menjadikan putera ketiga
Saidina Ali a.s. yang bernama Muhammad bin Ali sebagai imam keempat. Beliau
adalah anak Saidina Ali dengan isterinya Haulah dari bani Hanifah lalu dikenali
Muhammad al-Hanafiah sempena nama kabilah ibunya. Pengikut-pengikutnya
menyakini bahawa ia adalah Imam Mahdi a.s. yang ghaib di gunung Ridhawi ketika
diburu pemerintah kerana disebabkan oleh pengikut-pengikutnya yang melampau.
Pengasasnya adalah Mukhtar bin Ubai al-Thaqafi yang merupakan khadam kepada
Muhammad bin Ali bin Abu Thalib.
Syiah Imamiyah
Sebahagian besar dari
mereka datangnya dari golongan ar-Rafidhah. Syiah Imamiyah merupakan aliran
Syiah yang paling besar. Ianya juga disebut Syiah Jafariah untuk membezakan
dengan puak syiah Zaidiyah dan Kaisaniyah. Terdapat beberapa kelompok kecil
dari golongan imamiyah diantaranya Imam Enam (setakat Imam Jafariah), Imam
Tujuh (Ismailiah), Imam Lapan (Waqfiyah iaitu sehingga Imam Ali Ridha) dan Imam
Dua Belas ataupun Ithna ‘Asyariah, ialah cabang yang terbesar. Lain-lain dalam
lingkungan Imamiyah ialah, Muhammadiah, Baqiriah, Nawuusiah, Syumaitiah,
‘Ammariah, Mubarakiah, Musawiah, Qat’iah, Hasyimiah, Zurariah, Yunusiah,
Syaithaniah, Kamiliah.
Syiah Ismailiyah
Walaupun didalam
kelompok Imamiyah, namun mereka adalah kelompok Syiah yang kedua terbesar
selepas Ithna ‘Asyariyah. Kebanyakannya tinggal di India dan Afrika Timur
Utara. Kumpulan ini diasaskan oleh pengikut-pengikut Ismail bin Ja'far (721 –
755), iaitu anak pertama Jaafar ash-Shadiq dan abang kepada Musa al-Kazim.
Golongan ini mengamal aliran kebatinan yang melibatkan persoalan falsafah, ilmu
kalam, tasawuf ,perbandingan agama dan kebebasan mutlak terhadap manusia.
Kelompok terbesar Ismailliyah ialah Aga Khan (Kelompok Nizari), diikuti Bohra Dawoodi (Kelompok Tayyabi) dan Druze.
Agama Baha'i adalah antara agama baru sekarang ini sebenarnya mempunyai kaitannya untuk menghidupkan semula ajaran Ismailliyah. Bagaimanapun agama Baha'i berbeza dengan Syiah, walaupun asal usul pemimpinnya adalah dari Ismailliyah.
Kelompok terbesar Ismailliyah ialah Aga Khan (Kelompok Nizari), diikuti Bohra Dawoodi (Kelompok Tayyabi) dan Druze.
Agama Baha'i adalah antara agama baru sekarang ini sebenarnya mempunyai kaitannya untuk menghidupkan semula ajaran Ismailliyah. Bagaimanapun agama Baha'i berbeza dengan Syiah, walaupun asal usul pemimpinnya adalah dari Ismailliyah.
Syiah Alawi Nusairiyah
Golongan Syiah yang
lebih kecil, seperti Alawi Nusairiyah pula berasal dari ajaran seorang syiah
yang bernama al-Kashibi. Al-Kashibi dikatakan pengikut kepada Abu
Shu'ayb Muhammad ibn Nusayr (Ibn Nusair). Ibn Nusayr adalah murid
kepada Imam ke-11, Hassan al-Askari. Mereka mempunyai pengikut di
Lubnan, Turki dan Syria.
Pengiktirafan Golongan Syiah
Pengiktirafan Golongan Syiah
Antara gerakan-gerakan lain berasal dari syiah ialah seperti gerakan Yazidiah, Baha’i, Qadianiah, Hizbul Jumhuri, Ahbash, Ansar, Harakah Amal dan sebagainya.
Walaupun semua
golongan ini adalah dari kelompok syiah ataupun berasal dari fahaman syiah,
namun mereka tidak mendapat pengiktiran dari sesama mereka dan sesetengahnya
mengkafirkan antara satu sama lain.
Ahli Sunnah Wal Jamaah
kini juga tidak mengiktiraf semua golongan Syiah sebagai mazhab Islam yang
perlu diikuti malah termasuk Syiah Zaidiyah. Ini kerana pengikut Zaidiyah
sekarang berubah dan condong kepada fahaman Muktazilah.
Syiah
Zaidiyah
Golongan fahaman Syiah
Zaidiyah pada asalnya adalah pengikut Imam Zaid bin Ali Zainal Abidin, cucunda
Saidina Husain. Fahaman mereka tidak banyak perbezaan ketara dengan Ahlu Sunnah
diera awal kemunculannya. Para imamnya pun lebih seiring pendapat dengan Ahlu
Sunnah, malah imam Abu Hanifah dan imam Malik dan imam sunni lainnya, pun
pernah menuntut ilmu dari kalangan imam mereka. Sekarang golongan ini masih
ramai di Yaman iaitu kira-kira 40% dari jumlah penduduknya.
Pengikut Zaidiah
menerima empat Imam Syiah al-Ithna ‘Asyariyyah yang pertama tetapi mereka
memilih Zaid bin Ali sebagai Imam kelima (Syiah al-Ithna ‘Asyariyyah
memilih saudaranya Muhammad al-Baqir). 5 imam secara tertibnya ialah
terdiri daripada;
Ali bin Abu Thalib sebagai
Imam pertama
Hasan bin Ali sebagai
Imam kedua
Husain bin Ali sebagai
Imam ketiga
Ali Zainal Abidin bin
Husain sebagai Imam keempat
Zaid bin Ali sebagai
Imam kelima
Mereka tidak
mengkafirkan para sahabat nabi Muhammad. Bagi pengikut Syiah Zaidiyah, mereka
berpendapat Khalifah ar Rasyidin yang dilantik perlulah melalu proses pemilihan
umum. Orang yang kurang syaratnya (spt. Abu Bakar, Umar dan Usman) boleh
menjadi khalifah jika dipilih walaupun ada orang yang dirasa paling layak (spt.
Ali). Malah mereka menyatakan Saidina Ali tidak pernah menuntut kuasa dari
Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Mereka juga beranggapan imam tidak
semestinya maksum.
Namun berlaku
perubahan dari zaman ke zaman, pegangan mereka bercampur-campur hinggakan
berpecah kepada beberapa aliran, diantaranya;
Seorang ulamanya, imam
Shaleh al-Muqbali (1108H) berpendapat bahawa pengikut Zaidiyah di Yaman adalah
pengikut Muktazilah. Namun ada yang cenderung kepada mazhab Hanafi, dan ada
yang bermazhab kepada mazhab Syafie. Perbezaan kecenderungan ini adalah
fenomena biasa, dikalangan ulama islam sentiasa melakukan ijtihad sendiri.
Menurut Muhammad bin
Abdul Karim al-Syahrastani (474-548H/1076-1153M), dalam bukunya (al-Milal wa
an-Nihal), Zaid bin Ali Zainal Abidin, iaitu cucu saidina Husain pernah berguru
dengan ulama Muktazilah, iaitu Washil bin ‘Atha. Bagaimanapun tidak direkodkan
atau dibuktikan bahawa Zaid berideologikan mazhab Muktazilah. Bahkan
sebaliknya, Zaid berideologikan mazhab Ahlu Sunnah. Hal ini ditegaskan sendiri
oleh imam Ibnu Taimiyah.
Di antara ulama Syiah
Zaidiyah yang mirip kepada Ahlu Sunnah, ialah: Imam Muhammad Ibnu al-Wazir
al-Yamani (w 840H), Imam Shalih al-Muqbali (w 1108H), Imam al-Amir as-Shan’ani
(w 1182H) dan Imam as-Syaukani (w 1250H), yg terkenal dgn nama Nailul Awthar
Syarh Muntaqa’ Akbar. Namun demikian, as-Syaukani telah keluar dari syiah
zaidiyyah dan masuk kpd Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Bagaimanapun bagi
pengikut-pengikut Sulaiman binjarrir al-Zaidi yang menamakan diri mereka sebagai
Sulaimaniah, mereka mengiktiraf perlantikan Abu Bakar dan Umar sebagai khalifah
walaupun pada mereka Ali lebih layak. Namun, mereka mengecam keras tindakan
Uthman, Aisyah, Thalhah dan Zubair kerana menentang Ali bin Abu Talib.
Manakala ulama yang
cenderung kepada Muktazilah, ialah: Imam Yahya bin Hamzah al-‘Alawi (w 749H)
dan Imam Ahmad bin Yahya al-Murtadha (w 840H),
Terdapat juga golongan
Muktazilah di Baghdad seperti Muhammad Abdullah al-Iskafi dan lainnya,
menamakan diri sebagai penganut atau pengikut Syiah Zaidiyah.
Selain itu, terdapat
juga yang cenderung kepada Syi’ah Imamiyah, seperti: Imam al-Qasim ar-Rasy (w
246H), Imam Yahya bin Husain ar-Rasy (w 298H), Imam Ahmad bin Yahya bin Husain
(w325H), Imam Humaidan bin Yahya (w 656H) dan Imam Ahmad bin Sulaiman (w 566H).
Dalam konteks sokongan
kepada ahlul bait, baik Washil bin 'Atha dari golongan Muktazilah mahupun tokoh
Ahlu Sunnah, seperti imam al-Hasan al-Bashri, imam Abu Hanifah, imam Malik dan
lain-lain semuanya amat bersimpati dan menghormati Ahlul bait.
No comments:
Post a Comment