Syiah Di Malaysia bukannya
baru setahun dua. Mereka sebenarnya sudah mulai bertapak sejak sekian lama.
Daripada rekod pemerhatian, mungkin penyusupan masuk ajaran Syiah ke Malaysia
bermula pada tahun 1983, atau mungkin tahun-tahun sebelumnya lagi.
Sebuah akbar mingguan yang bertarikh 6/8/1983.
Dimana ia telah melaporkan berita pasal sejumlah tokoh Islam dari Malaysia
telah menghadiri Muktamar Alami Lil Hajji tajaan Iran di Dakka, Bangladesh pada
26-30 Jun 1983.
Ada laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu
yang bertarikh 25/10/2013. Melaporkan sekumpulan rakyat Malaysia termasuk 3
orang guru agama di Selangor sedang giat menyebarkan ajaran Syiah dari Iran di
negeri Selangor dengan cara pergi kerumah-rumah. Ahli-ahli kumpulan itu telah
pergi ke Iran selama 2 minggu dengan bantuan pihak tertentu.
Pergerakan mereka
menyusup masuk ke Malaysia terus digiatkan dari tahun ke tahun. Sehingga
2/10/1987, sebuah mingguan Islam telah melaporkan bahawa Syiah Imamiah telah
hidup subur di kalangan ulama tertentu dan setengah mereka telah terpengaruh
dengan fahaman itu. Selanjutnya mingguan itu menyiarkan pendapat seorang ulama
dan toloh akademik yang disegani yang menyeru para alim ulama supaya jangan
lagi bertolak ansur dengan kesesatan ajaran Syi’ah dan berusaha menulis
buku-buku yang menunjukkan percanggahan aqidah Syi’ah dengan ‘aqidah Ahlus
Sunnah wal Jama’ah.
Sisipan akbar diatas
sudah cukup untuk kita tahu, bahawa adanya gerakan terancang di dalam
penyebaran Syiah Di Malaysia. Mereka bergerak secara senyap, dibawah tanah.
Baru-baru ini sahaja, mereka begitu berani muncul dikhalayak ramai.
Jika kita baca artikel yang tersebar kini
pasal Pelan Strategi 20 Tahun Syiah Malaysia. Apakah kita sudah terlambat untuk
membuang racun ini.
Cara mereka sungguh licik untuk menperdaya.
Mereka serang daripada setiap penjuru, secara senyap tanpa kita sedari.
1. Mereka menyusup masuk ke dalam pertubuhan
harakat Islamiyyah, tnazim haraki seperti Pas, ABIM, Jim, Hizbut Tahrir dengan
cara taqiyyah, berpura-pura dan niat untuk menguasai pucuk pimpinan atau menghancurkan
dari dalam.
2. Selain itu mereka
juga menyerap masuk ke dalam pertubuhan parti politik Ummat Islam seperti Umno,
Pas, PKR dan lain-lain, untuk mencari pengaruh dan merekrut pengikut mereka.
3. Mereka juga
menggunakan tarekat seperti tarekat ahlu bait, dengan menyamar dan menjual nama
keluarga Rasulullah S.A.W sebelah Saidina Ali.
4. Mereka pergi lebih
jauh dengan menyertai pertubuhan berbaiah seperti Pekida,Al-Ehsan, Batas,
Simpang 3, Majlis Sabilillah dan seangkatannya.
5. Mereka bijak mengatur
langkah, sebagai back up, mereka cuba gunakan kuasa dan pengaruh politik untuk
melindungi mereka.
6. Untuk mengukuhkan
lagi kekuatan Syiah di Malaysia, mereka menyusup masuk ke dalam PDRM dan ATM
untuk merekrut anggota polis dan tentera agar masuk Syiah.
Saya nk tau lebih pasal syiah ni... maksud saya mcm mana cara nk menghindar.. dan mcm mana cara nk tarikh org yang dah termasuk dlm syaih
ReplyDelete