Selepas kematian
Uthman, lebih ramai pemberontak masuk ke dalam kota Madinah hingga jumlahnya
mencecah 5,000-6,000 orang. Pemberontak tersebut juga merupakan dari kalangan
orang-orang Islam terutamanya dari Kufah, Basra dan Mesir yang berjaya
diperdaya oleh golongan Sabaiyyah.
Kota Madinah kian
tidak tenteram dengan ketiadaan pemimpin dan ini mendedahkan umat Islam kepada
bahaya, maka segeralah para sahabat ridwanullahi ‘alaihim mencari calon yang
paling layak. 3 nama untuk menggantikan Uthman iaitu Ali bin Abi Talib,
Abi Talhah dan Zubair bin Awwam, namun mereka menolaknya. Menurut Muhammad
al-Hanafiah (Muhammad bin ‘Ali bin Abi Talib r.a), ayahnya pernah berkata
kepada orang ramai, “Janganlah kamu memilih aku, sesungguhnya aku lebih baik
menjadi Wazir (pembantu Khalifah) berbanding menjadi Amir (Khalifah)”.
Menurut riwayat lain, daripada Abu Basyir al-’Abidi “Selepas terbunuhnya Uthman r.a, berhimpunlah golongan Muhajirun dan Ansar termasuk Talhah dan Al-Zubair berjumpa dengan Ali r.a untuk di bai’at sebagai khalifah, Namun Ali berkata: “Aku tidak berhajat akan urusan kamu, aku bersama kamu, sesiapa sahaja yang kamu pilih, aku akan meredhainya, maka pilihlah (selain aku) demi Allah”. Lalu mereka (para sahabat) berkata: “Kami tidak akan memilih selain kamu”. Kata Abu Basyir lagi “Mereka datang kepada Ali berkali-kali sehingga yang kali terakhirnya mereka berkata kepadanya: “Sesungguhnya tidak boleh bagi manusia tanpa adanya pemimpin sedangkan telah berlanjutan masa (tanpa pemimpin)”. Lalu kata Ali kepada mereka: “Sesungguhnya kamu telah berulang kali datang kepada aku dan kamu enggan (memilih selain aku) dan sesungguhnya aku hendak berkata suatu perkara jika kamu menerimanya, maka aku menerima permintaan kamu, jika tidak maka aku tidak berhajat akannya (tidak berhajat menjadi Khalifah)”. Mereka berkata: “Apa sahaja yang kamu katakan, akan kami akan terima Insya-Allah”.
Akhirnya Ali ketika itu berumur 58 tahun, menerima jawatan tersebut dan orang pertama yang membai’at beliau adalah Talhah dengan lisan, diikuti dengan Sa’ad (ibn Abi Waqqas r.a) dengan tangannya. Turut membai’at beliau, ialah Al-Zubair bin al-’Awwam r.a. Namun sesetengah riwayat mengatakan Talhah dan Az-Zubair membai'at dalam keadaan paksa-rela oleh situasi yang ditimbulkan oleh pemberontak. Pemberontak juga pernah mengugut bunuh Ibn Umar sekiranya (Ibn Umar) tidak bersetuju menjadi khalifah. Malah Ali juga sendiri tidak mahu dilantik sebagai khalifah sekiranya tiada bai'at dari para sahabat. Oleh itu, pemberontak mendesak para sahabat supaya Ali dilantik sebagai khalifah. Jika tidak kota Madinah berubah menjadi lebih parah.
Untuk mengelak masalah yang lebih besar sebelum para pemberontak itu bertindak di luar jangkauan melantik orang yang menjadi boneka mereka sebagai khalifah dan menyebabkan urusan pemilihan khalifah terkeluar dari tangan sahabat ridwanullahi ‘alaihim dan jatuh ke tangan pemberontak, maka Talhah dan Az-Zubair bergegas membai’at Ali r.a. Talhah dan Az-Zubair mengakui Ali adalah orang yang paling layak dilantik sebagai khalifah tetapi bukan dalam keadaan situasi yang mendesak itu.

Perlantikan Saidina
Ali sebagai Khalifah menyebabkan ramai dikalangan penduduk Mekah, Mesir dan
beberapa kawasan jajahan Islam lain mempersoalkan perlantikan tersebut. Ini
adalah kerana mereka pernah mendapat surat daripada Saidina Ali, kononnya
meminta penduduk disitu menyerang kota Madinah sewaktu pemerintahan Khalifah
Uthman. Sedangkan mereka tidak menyedari bahawa surat itu adalah palsu yang
diedarkan oleh golongan Sabaiyyah yang dipimpin oleh Abdulah bin Saba'.
Dengan kenaikan Ali
sebagai khalifah seolah-olah mengesahkan surat itu benar-benar ditulis oleh Ali
sendiri. Ini juga merupakan satu perancangan licik golongan Sabaiyyah
memecahkan perpaduan umat Islam. Malah Khalifah Ali sendiri tidak tahu siapa
penulis sebenar surat tersebut. Hakikatnya Khalifah Ali juga tidak
menyedari ada dalang sebenar (Sabaiyyah) kerana mereka juga hidup seperti orang
Islam (munafik). Khalifah Ali berpendapat bahawa pemberontakan yang
berlaku terhadap Khalifah Uthman adalah berpunca daripada gabenor-gabenor di
tanah jajahan tidak disenangi rakyat atau gagal mententeramkan rakyatnya daripada
memberontak terhadap pemerintahan Uthman. Oleh itu beliau telah
menggantikan semua gabenor-gabenor yang dilantik oleh Uthman termasuk Muawiyah
di Syam. Di Basrah, Abdullah bin Amir digantikan dengan Uthman bin Hanif,
Saad bin al-as menggantikan Amran bin Syahab di Kufah dan di Syam, Muawiyah
digantikan dengan Syahab bin Hanif.
Khalifah Ali juga
berpendapat tindakan ini juga dapat meredakan kemarahan orang yang tidak suka
kepada gabenor pemerintahan Uthman sebelum ini. Tetapi hal ini semakin
menimbulkan prasangka di kalangan sahabat yang lain. Malah seorang sahabat
iaitu Al-Mughirah menasihati Ali supaya jangan memecat gabenor Uthman ketika
itu. Uthman tidak pernah terus memecat gabenor yang dilantik oleh Umar
sebelumnya. Ia akan menimbulkan fitnah. Tetapi Ali bertegas meneruskan hasratnya.
Pada mulanya Khalifah Ali memang berazam mencari pembunuh Uthman yang sebenar, namun pergolakan umat Islam ketika itu menyebabkan Khalifah Ali lebih menumpukan untuk perkukuhkan dahulu negara Islam dan menenangkan umat Islam. Malah tiada seorang saksi pun yang berani tampil melihat pembunuhan Uthman. Khalifah Ali tidak mampu menghukum semua pemberontak kerana jumlahnya yang ramai, mereka terdiri kaum muslimin dan tidak semua terlibat dalam pembunuhan Uthman.

Sebelum Perang Jamal
tercetus, Khalifah Ali pernah berkata “Bagaimana aku hendak bertindak dengan
kaum yang kita tidak kuasai? Tiada cara hendak cari pembunuh Uthman kerana
mereka ramai dan tiada saksi ketika pembunuhan di rumah Uthman. Siapa yang tahu
cara untuk mencari pembunuh Uthman sila bagitau aku! “. Sahabat semua diam
termasuk termasuk Zubair dan Talhah. Dan akhirnya mereka taat kepada
Khalifah Ali. Namun akibat fitnah dan perancangan licik golongan pemberontak
dan Sabaiyyah, berlakulah peperangan Jamal.
Khalifah Ali
kemudiannya telah mengubah ibukota Islam dari Madinah Ke Kufah atas alasan
Madinah tidak selamat untuk diduduki lagi untuk mentadbir negara Islam. Beliau
wafat selepas sembahyang Subuh di Masjid Kufah pada 17 Ramadan 41
Hijrah / 661 Masihi kerana dibunuh oleh seorang puak Khawarij, Abdul Rahman bin
Muljam. Puak Khawarij merupakan bekas pengikut Khalifah Ali yang tidak
berpuashati perjanjian damai dengan Muawiyah sewaktu Perang
Siffin. Khawarij berpakat untuk membunuh Ali r.a, Mu’awiyah r.a, Amr bin
Ash r.a dan Abu Musa al-Asy’ari r.a. Bagaimanapun rancangan pembunuhan
itu hanya berjaya ke atas Khalifah Ali.
Jenazah Khalifah Ali kemudiannya dikebumikan di Dar al-Imarah (Kufah). Namun bagi golongan syiah beranggapan beliau dikebumikan di Mashhad al-Najf.
Jenazah Khalifah Ali kemudiannya dikebumikan di Dar al-Imarah (Kufah). Namun bagi golongan syiah beranggapan beliau dikebumikan di Mashhad al-Najf.
No comments:
Post a Comment