Pengasas Kerajaan
Fathimyah
Imam ke 7
Ismailliyah, Muhammad bin Ismail meninggal dunia dalam keadaan tidak
memiliki keturunan. Maka kepimpinan kemudiannya beralih diterajui oleh
pengikut-pengikutnya yang seterusnya iaitu;
- Abdulah bin Muhammad
(179-212 H)
- Ahmad bin Abdulah
(198-265 H)
- Husein bin Ahmad
(219-287 H)
Ketiga-tiga pemimpin
di atas tidak mengangkat diri mereka sebagai Imam. Hanya sekadar menjadi
pewaris kepemimpinan spritual mereka sahaja. Didalam teks sejarah, terdapat
pelbagai nama samaran diletakkan kepada mereka. Penganut Ismailliyah
beranggapan, nama samaran itu bertujuan melindungi mereka dari ancaman kerajaan
Abbasiah.
Kemudiannya, komuniti
Ismailliyah mula dipimpin oleh Muhammad bin Husein (Ubaidulah Al-Mahdi)
(260-323 H). Ubaidilah Al-Mahdi menggelar dirinya sebagai Imam ke 11
Ismailliyah (berdasarkan turutan waris diatas) dan mengiktiraf ketiga-tiga mereka
diatas sebagai Imam. Secara tidak langsung, beliau menafikan imam terakhir dan
kemahdian Ismail bin Jaafar atau Muhammad bin Ismail. Beliau juga
dikatakan mengubah nama dan nasabnya sebagai keturunan ahlul bait
dari Muhammad bin Ismail bin Ja'far Ash-Shadiq. Beliau mengatakan
moyangnya, Muhammad bin Ismail juga dinamakan sebagai Maimun Qaddah.
Nama moyangnya yang sebenar ialah Maimun bin Dishan Al-Qaddah. Maimun Qaddah (al-Qaddah) adalah berasal dari keturunan majusi. Kemudian al-Qaddah menganut Syiah Ismailiyah. Al-Qaddah membawa fahaman bathiniyah yang menyatakan imam itu mempunyai sifat maksum yang tidak terhingga kerana pelantikannya daripada Allah.
Imam Suyuti dalam Tarikh Khulafa' berkata: ". . . bahkan sebenarnya nenek moyang mereka adalah majusi".
Al Qadhi Abu Bakar Al Baqilani mengatakan: "Al Qaddah, yakni moyang Ubaidillah yang menamakan dirinya Al Mahdi sebenarnya dia adalah seorang majusi".
Nama moyangnya yang sebenar ialah Maimun bin Dishan Al-Qaddah. Maimun Qaddah (al-Qaddah) adalah berasal dari keturunan majusi. Kemudian al-Qaddah menganut Syiah Ismailiyah. Al-Qaddah membawa fahaman bathiniyah yang menyatakan imam itu mempunyai sifat maksum yang tidak terhingga kerana pelantikannya daripada Allah.
Imam Suyuti dalam Tarikh Khulafa' berkata: ". . . bahkan sebenarnya nenek moyang mereka adalah majusi".
Al Qadhi Abu Bakar Al Baqilani mengatakan: "Al Qaddah, yakni moyang Ubaidillah yang menamakan dirinya Al Mahdi sebenarnya dia adalah seorang majusi".
Pengangkatan beliau (Ubaidulah Al-Mahdi) sebagai Imam ke 11 telah mendapat tentangan keras oleh pendakwah-pendakwah Ismailliyah yang diketuai oleh Hamdan Qarmath (yang kemudiannya mengasaskan Syiah Qaramithah).
Bagaimanapun
pendakwah-pendakwah Ismailiyyah di Afrika Utara masih taat setia kepada
Ubaidilah Al-Mahdi. Pada tahun 297H, dengan bantuan pengikut-pengikutnya,
Ubaidilah mengisytiharkan penubuhan kerajaan kecil Fatimiyyah pertama di
Maghribi. Nama Fatimiyyah adalah sempena nama puteri Rasulullah, Fatimah binti
Muhammad.
Zaman Kegemilangan
Berikut adalah
pemerintah-pemerintah (dan juga sebagai Imamah) seterusnya Kerajaan
Fathimiyyah;
- Muhammad Al-Qaim bi Amrilah
(280-334 H)
- Al-Manshur bi Alah (303-343
H)
- Al-Mu'izzun li Dinillah
(317-365 H)
- ‘Azizun bi Alah (344-486 H)
- Al-Hakim bi Alah (386-411 H)
- Al-Zhahir li ‘Izaz Dinilah
(411-428 H)
- Al-Mustanshir Billah Muid,
Amir ke 8 (Imam ke 18), 61 tahun memerintah (427-487 H) dalam kerajaan
Fathimyyah.
Mereka semua ini
memerintah selama 185 tahun. Selama 185 tahun ini dapat dikatakan sebagai masa
keemasan Ismailiyah. Pada masa inilah pemikiran Syiah Ismailiyah dibukukan.
Ilmuwan-ilmuwan seperti Abu Hatim, Ar-Razi, Nashir Khasru dan lain-lain hidup
di masa keemasan ini.
Zaman Kegemilangan
Empayar Kerajaan Fathimiyyah
Pusat pentadbiran
berpindah ke Mesir sewaktu dipimpin oleh Al-Mu'izzun li Dinillah dengan dibantu
oleh perdana menterinya Jauhar bin Abdilah pada tahun 358H menjadikan Cairo
sebagai pusat pemerintahannya. Pada tahun 359H mereka membangun universiti
Islam Al-Azhar (sesetengah pendapat mengatakan asalnya dinamakan Universiti Az
Zahra iaitu sempena tanda peringatan kepada anak Rasulullah s.a.w, Fatimah).
Pada tahun 361H secara rasmi pemerintahannya dipindah dari Maghribi ke Mesir.
Al-Mu'izzun li
Dinillah merupakan pemimpin yang sangat menitikberatkan perpaduan Islam.
Setelah Al-Mu'izzun li Dinillah wafat, ia digantikan oleh anaknya Abu Manshur
Ranzar yang dikenali sebagai Al-‘Azizu bi Alah juga mengikut langkah murni
bapanya, malah sangat bertoleransi dengan orang yahudi dan nasrani.
Bagaimanapun
penggantinya, anak beliau iaitu Al-Hakim bi Alah berbeza sama sekali layanannya
sangat keras kepada masyarakat yahudi dan nasrani, begitu juga dengan ahli
sunni. Malah disinilah titik mulanya Syiah Ismailiyyah melaknat Khalifah ar
Rasyidin dan para sahabat.
Pemerintah dihujung
zaman keemasan Fatimiyyah ialah Al-Mustanshir. Ketika menjadi khalifah umurnya
baru tujuh tahun dan kekuasaannya dipegang oleh menteri-menterinya dibawah
pengaruh Nashir Ad-Daulah. Dengan bantuan Badr Al-Jamali, Al-Mustanshir berjaya
mengusir Nashir Ad-Daulah dan membunuh semua penentangnya. Badr Al-Jamali
kemudiannya dijadikannya sebagai perdana menteri. Diantara puncak kegemilangan
pemerintahan Al-Mustanshir ialah pada tahun 450 H/1058 , kerajaan Fathimiyyah
berjaya menguasai Baghdad yang ketika itu menjadi saingan ibukota Dinasti
Abbasiyah.
Selepas Al-Mustanshir
meninggal dunia iaitu pada tahun 487H/1094M terjadi krisis terbesar dialami
oleh Syiah Ismailiyah yang menyebabkan terbaginya Syiah Ismailiyah menjadi dua
bahagian iaitu, Musta'lawiyah dan Nizariyah.
Zaman Penghujung
Dibawah adalah
pemerintah di zaman malap dan kejatuhan kerajaan Fatimiyyah iaitu;
- Ahmad al-Musta ‘li
- al-Amir Bi-Ahkamillah
- al-Hafiz
- al-Zafr
- al-Fa’iz
- Al-’Adid pemerintah Kerajaan
Fathimiyyah terakhir, ditamatkan pemerintahannya oleh tentera Salahuddin
al Ayubi pada tahun 1171M
No comments:
Post a Comment