Sunday 16 October 2016

Tokoh-tokoh Bathiniyah lain

Diantara fahaman Bathiniyah ini ialah mereka menafikan mukjizat, para malaikat, solat memadai dengan mentaati imam, tidak perlu menunaikan haji di Mekah, tidak berpuasa Ramadhan dan sebagainya.

Ajaran Batiniyah ini meluas merata tempat dan berpecah dengan pelbagai nama dan pengasas. Namun asasnya berasal dari kelompok Ismailliyah.

Salah seorang tokoh Bathiniyah,  Abu Mansur al-A’jali berkata, “Nabi itu tidak berakhir dengan Nabi Muhammad. Pintu-pintunya terbuka kepada golongan Ismailiyyah.”

Abu Mansur sendiri mengaku dirinya menjadi nabi. Salah seorang guru Abu Mansor ialah al-Mughirah bin Said al-A‘jali yang selalu datang berjumpa Imam Muhammad al-Baqir. Al Mughirah pernah memutarbelitkan ajaran yang sebenar, antaranya mentafsirkan kenyataan Allah surah an-Nahl, ayat 90,
“Sesungguhnya Allah menyeru kepada keadilan, berbuat baik dan memberi hak kepada kaum keluarga dan melarang daripada kejahatan dan mungkar.”
Dia menafsirkan ayat tersebut bermaksud; “Adil dan ihsan itu adalah Fatimah dan Ali, kaum kerabat adalah Hasan dan Husain, kejahatan itu adalah Abu Bakar dan mungkar itu Umar.”
Apabila Muhammad al-Baqir mengetahui penyelewengan al-Mughirah, beliau menolak dengan sekeras-kerasnya dan menjauhkan diri daripadanya.
Pada akhirnya al-Mughirah bertindak lebih melampau lagi sehingga mengatakan Ali boleh menghidupkan orang mati dan mengetahui perkara yang ghaib. Kemudian dia melantik dirinya menjadi imam sehingga mengaku menjadi Tuhan.

No comments:

Post a Comment